Menu Utama Kad Kahwin Web Info Hubungi Jaringan
kad kahwin Perkhidmatan kami kad kahwin Lokasi kad kahwin Artikel Perkahwinan kad kahwin Galeri Pengantin kad perkahwinan, kad jemputan kahwin
malay wedding cards Selamat Datang Ke Direktori Kad Kahwin #1 Di Malaysia ! kad kahhwin melayu Rekabentuk Kad Kahwin Terbaru !
Kod : FLO 029 -
Saiz : 4" x 8" - Poket Daisy
Harga : RM 1.20 / 1000 kpg
Harga : RM 1.30 / 500 kpg
  Kod : FLO 022 -
Saiz : 4" x 6"
Harga : RM 0.65 / 1000 kpg
Harga : RM 0.70 / 500 kpg
 
Kod : FLO 011 -
Saiz : 4" x 9" - Blue
Harga : RM 0.90 / 1000 kpg
Harga : RM 1.00 / 500 kpg
  Kod : FLO 020 -
Saiz : 4" x 8" - Poket - Red
Harga : RM 1.20 / 1000 kpg
Harga : RM 1.30 / 500 kpg
Kod : FLO 007 -
Saiz : 4" x 8" - Poket - Green
Harga : RM 1.20 / 1000 kpg
Harga : RM 1.30 / 500 kpg
  Kod : IST 109 - PROMOSI !
Saiz : 4" x 9 " - 3 Lipatan
Harga : RM 1.20 / 1000 kpg
Harga : RM 1.50 / 500 kpg
Ruang Iklan Untuk Di sewa
Artikel Bulan Ini

- Adab Majlis Perkahwinan
- Adab Meminang.
- Hantaran
- Peminangan & Pertunangan
- Pernikahan
- Serba Satu Putih Berdiri
- Perkahwinan - perspektif Islam secara ringkas
- Prosedur Perkahwinan

#Artikel Perkahwinan - Prosedur Perkahwinan

Perkara maha penting sebelum anda menyediakan persiapan perkahwinan ialah memastikan anda telah mendapat kelulusan untuk berkahwin daripada Jabatan Agama kawasan anda, contoh: JAWI, JAIS, MAIK dan sebagainya. Tapi sebelum anda membuat permohonan untuk berkahwin, ada beberapa prosedur yang mesti diikuti.

1. Kursus Perkahwinan - Ada dua jenis kursus perkahwinan iaitu kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama dan kursus oleh pihak swasta. Walaupun kedua-dua kursus ini hampir serupa tetapi anda dinasihatkan supaya mengambil kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama kerana ia mungkin memudahkan langkah seterusnya. Bakal pengantin yang mengambil kursus swasta mungkin ditemu duga oleh Jabatan Agama ketika membuat permohonan berkahwin. Anda dinasihatkan pergi berkursus bersama-sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu dapat dimengerti bersama. Apabila selesai berkursus yang biasanya mengambil masa dua hari, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus yang boleh diambil di Jabatan Agama. Sijil ini sah sampai bila-bila.

2. Setelah menerima sijil, anda bolehlah mengisi borang permohonan berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad pengenalan. Isikan lengkap dan sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja. Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.

3. Serahkan borang yang telah lengkap kepada bakal pengantin perempuan. Pengantin perempuan juga perlu mengisi borang permohonan bernikah. Mereka hendaklah memohon di Jabatan Agama mengikut alamat dalam kad pengenalan. Selain dilampirkan dengan surat akuan bujang dan borang permohonan pengantin lelaki, pengantin perempuan perlu membawa bersama wali dan dua orang saksi ke pejabat Jabatan Agama ketika menyerahkan borang yang lengkap diisi. Bagi pengantin yang akan bernikah di tempat lain, mereka perlu merujuk pula kepada Jabatan Agama tempat tersebut.

4. Setelah kelulusan didapati, sila tetapkan tarikh akad nikah dengan jurunikah.

5. Setelah akad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk urusan memohon sijil dan kad nikah.

[ kembali ]

 
 
Dimiliki oleh Kanda & Dinda Wedding Cards # www.kadkahwin.com / com.my / ©2004-2008 All Right Reserved
Hak Cipta Terpelihara . Dilarang mengambil apa jua sumber dari halaman ini tanpa kebenaran. Peniruan adalah kerja jahat !Terdapat Tetamu Online !